Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " glenmarie"

Paramount Beli Tanah Untuk Projek Perumahan Pada Harga RM579 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, Prima Kuasa Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan SJ Properties Sdn Bhd untuk memperoleh 19.62 hektar (48.49 ekar) bagi projek perumahan pada harga RM579 juta.

EON Bhd Sasar Jualan Lebih 12,000 Unit Kenderaan Tahun Ini

SHAH ALAM, 8 Ogos (Bernama) -- Edaran Otomobil Nasional (EON) Bhd menyasarkan jualan lebih 12,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Capitaland Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Kedua Sebanyak RM35.07 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Untung bersih CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) naik kepada RM35.07 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM33.47 juta pada suku yang sama tahun lepas.

KTHB Lancar Haqqi Mall, Platform Digital Patuh Syariah

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) meneroka sektor digital patuh syariah menerusi pelancaran platform e-dagang gaya hidup Muslim berteraskan ekosistem halal dikenali sebagai Haqqi Mall.

Affin Lancar Keistimewaan Baharu Kepada Pemegang Kad Premier

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Affin Group hari ini memperkenalkan keistimewaan eksklusif baharu kepada pemegang kad Affin Premier selain menawarkan pengalaman golf kelas pertama dalam persekitaran moden dan santai dengan kerjasama restoran La Casa Leal.

Untung Bersih CLMT Suku Pertama Naik Kepada RM37.49 Juta, Agihan Seunit 1.28 Sen

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM37.49 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM33.49 juta pada tahun sebelumnya.

Saham CapitaLand Malaysia Trust Naik Selepas Catat Keuntungan Lebih Tinggi Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Harga saham CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) di Bursa Malaysia meningkat sedikit pada awal dagangan selepas mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 berbanding RM163.66 juta setahun lalu.

Kia Asia Pacific Tingkatkan Kedudukan Dengan Buka Pusat Latihan Di Shah Alam

SHAH ALAM, 13 Sept (Bernama) -- Kia Asia Pacific Sdn Bhd mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan membuka pusat latihan di Glenmarie, Shah Alam, merupakan pusat latihan kelimanya selepas Jerman, Rusia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).