3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Januari 2026 yang meningkat 1.6 peratus dianggap sebagai terkawal berikutan komponen yang mencatatkan kenaikan ketara hanya menyumbang sebahagian kecil daripada indeks tersebut, kata ahli ekonomi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran inflasi bagi 2026 pada kadar 1.8 peratus (2025: 1.4 peratus), hampir kepada paras tertinggi julat rasmi 1.3–2.0 peratus yang mencerminkan permintaan domestik yang lebih kukuh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7hari ago
BALIK PULAU, 15 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneliti mekanisme berkaitan perkembangan harga barangan import susulan pengukuhan ringgit.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung menyeret turun Bursa Malaysia untuk ditutup rendah pada Selasa selepas kenaikan kukuh yang dicatatkan semalam.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun pada Disember 2025, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pengeluaran sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
13hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2025 dijangka melebihi paras tahun sebelumnya, memberi petunjuk bahawa momentum asas yang lebih kukuh dan risiko penurunan lebih rendah pada 2026, kata ahli ekonomi.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus berkembang pada kadar yang stabil, dengan jumlah nilai transaksi dijangka melebihi RM250 bilion tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat satu peratus pada suku keempat 2025, mengekalkan kadar yang sama bagi tiga suku tahun berturut-turut, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus mencatatkan penurunan 2.7 peratus pada Disember 2025, selepas susut 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks volum eksport dan import Malaysia masing-masing meningkat 13.8 peratus dan 4.0 peratus pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).