Terdapat 81 berita berdasarkan kata kunci carian " restoran"

Indonesia Jangka Harga FFB Minyak Sawit Pulih Dalam Seminggu

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 18 Jun (Bernama) -- Indonesia menjangkakan harga tandan buah segar (FFB) yang diterima petani kelapa sawit pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas pihak berkuasa campur tangan berhubung perkara yang mereka sifatkan sebagai anomali dalam pasaran.

Usahawan Malaysia Jangka Produk Pandan Bakal Catat Kejayaan Di India

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Walaupun teh berperisa matcha, produk buatan China telah menjadi sangat popular di kafe dan kedai roti di seluruh India, usahawan Malaysia, Shivaani Suppiah menjangkakan bahan makanan hijau iaitu pandan akan menjadi terkenal di negara Asia Selatan itu.

Gangguan Siaran Radio Tular, Hanyalah Gimik "Unbox Your Cravings" Domino's Pizza

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Apa yang disangkakan ribuan pendengar radio sebagai suatu kesilapan siaran langsung tidak sengajakan di Era FM, sebenarnya merupakan satu gimik pemasaran terancang Domino’s Pizza Malaysia, bagi memperkenalkan penjenamaan baharunya, Unbox Your Cravings.

Bebas Cukai : Labuan Mahu Status Dikembalikan Seperti Cadangan Bagi Langkawi -- LC

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 29 April (Bernama) -- Langkah mengembalikan status bebas cukai kepada Labuan perlu diberi pertimbangan sewajarnya sepertimana cadangan untuk Langkawi dalam usaha menyokong sektor pelancongan, runcit serta perniagaan di wilayah berkenaan, menurut Perbadanan Labuan (LC).

Inflasi Malaysia Mereda Kepada 1.4 Peratus Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Inflasi Malaysia mereda kepada 1.4 peratus pada 2025 berbanding 1.8 peratus pada tahun sebelumnya disokong oleh pengukuhan ringgit, perbelanjaan isi rumah yang berterusan serta inisiatif kerajaan.

PM Anwar Umum Kemudahan Khas RM5 Bilion Untuk PMKS

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan khas berjumlah RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan impak krisis Asia Barat.

Grab Cadang Perkenal "Carri", Rapat Jurang Kecerdasan Digital Dan Operasi Logistik Sebenar

JAKARTA, 8 April (Bernama) -- Syarikat e-hailing dan penghantaran terkemuka di Asia Tenggara, Grab bercadang memperkenalkan robot automasi fizikal “Carri” untuk merapatkan jurang antara kecerdasan digital dan operasi logistik sebenar.

Program AUM Agrobank Bantu Lebih Banyak Syarikat Tingkatkan Jualan

SUNGAI PETANI, 1 April ( Bernama) -- Usaha yang dilaksanakan Agrobank dalam membantu usahawan di negara ini mengembangkan perniagaan mereka membuahkan hasil apabila lebih banyak syarikat yang berjaya meningkatkan jualan masing-masing pada tahun lepas.

Wah Seng Distribution Centre Gudang Pertama Raih Penarafan GreenRE Platinum

IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.

Untung Bersih Petronas Dagangan Meningkat Kepada RM1.10 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat kepada RM1.10 bilion daripada RM1.09 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.

Battersea Power Station Lantik Studio Egret West Untuk Fasa Akhir Pelan Induknya

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea telah melantik perancang dan pereka bentuk bandar strategik, Studio Egret West bagi mengembangkan pelan induk Rafael Viñoly yang asal untuk baki 6.47 hektar (16 ekar) kawasan kejiranan di tepi sungai yang berkeluasan 16.99 hektar (42 ekar).

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Januari 2026 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).