Gangguan Siaran Radio Tular, Hanyalah Gimik "Unbox Your Cravings" Domino's Pizza
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Apa yang disangkakan ribuan pendengar radio sebagai suatu kesilapan siaran langsung tidak sengajakan di Era FM, sebenarnya merupakan satu gimik pemasaran terancang Domino’s Pizza Malaysia, bagi memperkenalkan penjenamaan baharunya, Unbox Your Cravings.
Kempen itu dimulakan dengan satu gangguan strategik semasa siaran popular Petang Era di Era FM baru-baru ini.
Domino’s Pizza Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ketika segmen siaran langsung tersebut, program biasa tiba-tiba terhenti dan digantikan dengan bunyi perbualan serta gelak tawa yang kedengaran samar pada siaran radio, selepas penyampai radio Haziq menyebut mengenai keinginannya yang secara tiba-tiba mahu untuk menikmati piza.
Kemudian, aroma daripada piza yang baru dihantar mula memenuhi studio dan keinginannya terhadap piza tidak dapat dibendung lagi. Beliau keluar dari studio manakala Muna dan Der meneruskan siaran tanpa menyedari mikrofon mereka masih terbuka, sekali gus membolehkan pendengar mendengar keseluruhan perbualan mereka.
“Momen itu terasa begitu nyata dan berjaya menyentuh hati pendengar di seluruh negara,” menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa rakaman klip daripada insiden siaran yang tidak dijangka itu pantas tular di media sosial, dengan pendengar serta pencipta kandungan memberi reaksi secara masa nyata terhadap apa yang dipercayai ramai sebagai kesilapan sebenar dalam siaran radio secara langsung.
Era FM kemudiannya mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa para pendengar secara tidak sengaja terdengar perbualan di luar siaran, antara penyampai radio mengenai topik yang amat dekat di hati dan perut mereka.
Domino’s Malaysia menjelaskan bahawa kempen Unbox Your Cravings dibina berasaskan pemahaman bahawa keinginan atau cravings boleh muncul secara tiba-tiba pada bila-bila masa.
“Ia boleh datang tanpa diduga ketika bekerja, belajar, bermain permainan video atau malah semasa siaran radio secara langsung. Domino’s memahami bahawa keinginan ini tidak terikat kepada acara istimewa, sebaliknya hadir melalui dorongan spontan dalam kehidupan harian apabila seseorang mahu menghargai diri sendiri,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata keinginan atau cravings, merupakan antara isyarat paling jujur yang dimiliki seseorang, kerana ia hadir secara serta-merta, bersifat emosi dan sukar diabaikan.
“Menerusi ‘Unbox Your Cravings’, kami mahu menggambarkan hakikat itu dengan cara yang dirasakan lebih dekat dan nyata kepada masyarakat hari ini. Ia berkaitan dengan mengiktiraf detik-detik kecil tetapi bermakna apabila seseorang memilih untuk memenuhi apa yang diinginkan, dan bukannya menangguhkannya, serta memastikan kami sentiasa bersedia apabila keputusan itu dibuat,” katanya.
Seiring dengan penjenamaan semula syarikat itu, rangkaian restoran makanan segera berkenaan turut memperkenalkan inovasi menu terbaharunya iaitu Thick Crunch Pizza yang diinspirasikan daripada piza gaya Detroit.
Direka dalam bentuk segi empat tepat yang menjadi identiti tersendiri, ia merupakan piza pertama syarikat yang memenuhi keseluruhan kotak piza sepenuhnya, menjadikan setiap ruang dipenuhi kepuasan tanpa sebarang ruang kosong.
Menurut kenyataan itu rangkaian produk baharu berkenaan, menampilkan gabungan tekstur unik melalui asas doh yang tebal, ringan dan gebu dengan bahagian bawah yang rangup keemasan, selain dihiasi lapisan keju cheddar merah yang dikaramelkan pada bahagian tepi bagi memberikan sensasi kerangupan yang memuaskan pada setiap gigitan.
Thick Crunch Pizza kini ditawarkan di seluruh negara untuk penghantaran, bawa pulang dan makan di premis, menerusi tiga varian baharu termasuk Aloha Salsa yang menampilkan sos piza istimewa jenama itu bersama lapisan sos keju cheddar, keju mozzarella, Aloha Chicken dan siraman sos salsa berperisa masam manis.
Sementara itu, Mac & Cheese menggabungkan sos keju cheddar yang kaya dengan makaroni dan keju berkrim, manakala satu lagi pilihan, Cheesy Pepperoni, menampilkan sentuhan baharu kepada resipi klasik dengan gabungan sos piza istimewa, sos keju cheddar, mozzarella serta 24 keping daging pepperoni lembu.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Domino’s Malaysia atau ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram.
-- BERNAMA