Terdapat 65 berita berdasarkan kata kunci carian " aktiviti dagangan"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Alami Turun Naik Susulan Cuti Panjang

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami turun naik minggu depan susulan cuti yang panjang, kata peniaga.

Ringgit Diunjur Kekal Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat terhad antara RM3.95 hingga RM3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan aktiviti dagangan dijangka lebih perlahan semasa minggu dagangan singkat susulan cuti umum.

Bursa Tinggi Dalam Dagangan Awal, Rendah Kemudiannya

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat tetapi rendah kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif berikutan pelabur mengambil keuntungan dan berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia hari ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Modal Kecil

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Kekal Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.

GIIB Holdings Pertimbang Pelaburan Dalam Penjagaan Kesihatan, Beri Penjelasan Terhadap Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- GIIB Holdings Bhd kini sedang mempertimbangkan potensi pelaburan dalam perniagaan berkaitan penjagaan kesihatan, walaupun butiran dan terma pelaburan yang dicadangkan itu masih belum dimuktamadkan.

Semakan Fi Jamin Kemampanan Kewangan Jangka Panjang SC - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Semakan fi yang dilaksanakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini bertujuan memastikan kewangan badan pengawal selia itu mampan untuk jangka panjang berikutan struktur pendapatan semasanya adalah berkait rapat dengan aktiviti pasaran, menurut SC.

Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

CMP 2026-2030 Carta Fasa Seterusnya Dalam Pembangunan Pasaran Modal Malaysia - Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Fasa seterusnya pembangunan pasaran modal Malaysia akan dipacu oleh Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang menyasarkan pengembangan saiz pasaran antara RM1.5 trilion hingga RM2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

CMP 2026-2030 Berbeza Daripada Pelan Terdahulu Susulan Pendigitalan, AI Ubah Pasaran 

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 berbeza daripada pelan terdahulu dari segi skop dan penilaian semula berikutan perubahan pesat yang didorong oleh kepantasan pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) serta jangkaan pelabur.