Terdapat 104 berita berdasarkan kata kunci carian " aviation"

FitsAir Akan Tambah Penerbangan Ke Malaysia Empat Kali Seminggu Menjelang Akhir Mac

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Sri Lanka dan syarikat penerbangan antarabangsa milik persendirian pertama, FitsAir merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya ke Malaysia kepada empat kali seminggu daripada tiga kali seminggu menjelang akhir Mac tahun ini.

AAX Tukar Jawatan Benyamin Ismail Sebagai Pengurus Besar, Lantik Tharumalingam CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.

AirAsia X Selesaikan Pengambilalihan AirAsia Bhd Dan AirAsia Aviation Group Ltd Daripada Capital A

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) - - AirAsia X Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Bhd (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A Bhd, menandakan berakhirnya proses penstrukturan semula kumpulan penerbangan itu. 

AAX Belum Muktamad Menamakan Semula Syarikat Kepada AirAsia Pada 19 Jan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.

MAG Akan Kendali Lebih 2,400 Penerbangan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.

AAX Peroleh Sepenuhnya Tawaran Saham Persendirian Bernilai RM1 Bilion Pada RM1.65 Sesaham

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.

Malaysia Airlines Perkenal Semula Penerbangan Ke Chengdu, Catat Permintaan Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines memperkenalkan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap pasaran China yang lebih luas serta mempertingkatkan kesambungan  penerbangan antara Malaysia dan barat China.

Penerbangan Malaysia Airlines Berpatah Balik Ke Paris Susulan Anomali Petunjuk Enjin

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Jan telah berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas sebagai langkah berjaga-jaga susulan anomali petunjuk enjin.

Bangunan Simulator MAB Academy Perkukuh Kepimpinan Latihan Penerbangan - Loke

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah penting ke arah memperkukuhkan ekosistem latihan penerbangannya dengan pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di sini, memperkasa cita-cita negara untuk menjadi hab penerbangan serantau terkemuka.

Bangunan Sumulator MAB Academy Perkukuh Kepimpinan Latihan Penerbangan - Loke

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah penting ke arah memperkukuhkan ekosistem latihan penerbangannya dengan pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di sini, memperkasa cita-cita negara untuk menjadi hab penerbangan serantau terkemuka.

Sarawak Muktamadkan Pengambilalihan MASwings

KUCHING, 1 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd melalui entiti milik penuhnya AirBorneo Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Lanjutan Masa Muktamadkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd memohon kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh sehingga 19 Jan, 2026 bagi melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan.