10jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tinjauan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati 90 peratus daripada lebih 200 responden menjangkakan gangguan rantaian bekalan dalam tempoh dua minggu akan datang disebabkan konflik Asia Barat.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — AirAsia tidak terlibat dalam lindung nilai bahan api walaupun merancang untuk berbuat demikian selepas kenaikan harga minyak dan kekangan kewangan menghalang keupayaan syarikat penerbangan itu untuk menjimatkan kos.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X sedang melaraskan kapasiti serta tambang di samping mengawal kos untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, kata Pengasas Bersama dan Penasihat Tan Sri Tony Fernandes.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Geohan Corporation Bhd melalui anak syarikatnya, Geohan Sdn Bhd meraih dua pakej subkontrak bernilai keseluruhan RM103 juta bagi Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Highway) daripada IJM Construction Sdn Bhd.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Penggunaan tenaga secara lebih berhemat, mengoptimumkan kos operasi melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengurusan kewangan yang teliti adalah teras utama yang perlu diamalkan dalam mendepani cabaran krisis tenaga global yang semakin meruncing.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah bertindak mempercepat tempoh perancangan kebersediaan hilirannya kepada 45 hari berbanding tiga bulan sebelum ini sebagai langkah menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.
3hari ago
CHIANG MAI, 3 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga bersih dari Singapura, GoRental Global telah meletakkan Malaysia sebagai pasaran utama untuk pengembangan serantaunya sambil meningkatkan inisiatif GoImpactnya bagi menyampaikan penyelesaian tenaga terdesentralisasi kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.
4hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.
4hari ago
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mengambil langkah untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan, khususnya gas dan arang batu bagi penjanaan elektrik, sambil memantau perkembangan di Asia Barat susulan konflik di rantau itu kini memasuki bulan kedua.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.