Terdapat 34 berita berdasarkan kata kunci carian " bersara"

60 Peratus Ahli KWSP Berpotensi Capai Tahap Simpanan Asas RM390,000 Menjelang 2030 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kira-kira 60 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpotensi mencapai tahap simpanan asas, iaitu sebanyak RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Top Glove Lantik Ng Yong Lin, Lim Jin Feng Sebagai Pengarah Pengurusan Bersama

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd telah melantik pengarah eksekutifnya Ng Yong Lin dan pengarah pemasaran Lim Jin Feng sebagai pengarah urusan bersama (MD) berkuat kuasa 1 April 2026.

ART Hantar Isyarat Keyakinan Pelabur AS Di Malaysia - Duta

GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.

Bank Islam Lantik Raja Teh Maimunah Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melantik Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa 1 April, 2026, menggantikan Datuk Mohd Muazzam Mohamed yang bersara awal pada Disember 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

Selepas Lebih Tiga Dekad Berbakti, Timbalan Ketua Pengarang Bernama Azlina Aziz Bersara

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Selepas 35 tahun berbakti dalam dunia kewartawanan, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Azlina Aziz diraikan pada majlis persaraan beliau hari ini.

PHB Lantik Mazuki Abdullah Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) telah melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.

Mohd Mustafa Julang MATRADE Ke Tahap Tertinggi, Perkenal 127 Inisiatif Transformasi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Mustafa Abdul Aziz bersara wajib hari ini setelah lebih 35 tahun mencurah bakti dalam perkhidmatan awam.

Kapten Izham Rakam Penghargaan Pada Taklimat Media Terakhir, Yakin Kepimpinan Baharu MAG

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) yang bakal bersara, Datuk Kapten Izham Ismail pada Isnin mengadakan taklimat rasmi terakhirnya bersama media, sekali gus menutup satu lembaran perjalanan lebih empat dekad beliau bersama syarikat penerbangan negara itu.

Sektor Penerbangan Malaysia Melonjak Ke Kemuncak Baharu Pada 2025, Pencarian MH370 Disambung 30 Dis

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketika 2025 hampir melabuhkan tirai yang sarat membawa pelbagai peristiwa penting dalam sektor penerbangan, berita mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang akan disambung semula pada 30 Disember ini dijangka mencuri tumpuan pada 2026.

PIDM Lantik Abu Huraira Abu Yazid Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 15 November

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Nov 2025 bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang bersara.

Kementerian Kewangan Lantik Ahmad Hizzad Baharuddin Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.