Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " bsn"

Kerajaan Tambah Empat Bank Bergerak BSN Bantu Rakyat Pedalaman Dapat Akses Kewangan

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan penambahan empat lagi unit bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 2026 khusus untuk meningkatkan akses perkhidmatan perbankan kepada rakyat di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak.

Industri Takaful Catat Aset RM62.54 Bilion Sejak 2020 Hingga Pertengahan 2025 - MTA

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Industri takaful Malaysia mencatatkan aset sebanyak RM62.54 bilion sehingga pertengahan 2025, dengan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding RM41.87 bilion pada 2020.

Industri Takaful Bekerjasama Perluas Perlindungan iTEKAD Di Bawah Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Industri Takaful Malaysia akan saling bekerjasama untuk menyediakan perlindungan iTEKAD kepada komuniti rentan yang merupakan satu peristiwa penting dalam industri kewangan sosial negara serta mengukuhkan penerajuan dalam kewangan Islam.

Inti Pati Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Unifi Business Lancar Impak Biz Bagi Perkukuh Usaha Pendigitalan PMKS

KUCHING, 23 Sept (Bernama) -- Unifi Business baru-baru ini melancarkan kempen IMPAK BIZ untuk membantu memperkasakan pendigitalan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, serta menandakan langkah penting dalam mengukuhkan ekosistem keusahawanan dan memacu inovasi perniagaan.

BNM Kenakan Penalti Terhadap BIMB, Bank Rakyat Dan BSN Berikutan Ketidakpatuhan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM3.445 juta ke atas Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan dokumen dasar berkaitan.

Paydibs Peroleh Akses Langsung Sistem FPX Daripada PayNet

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Paydibs, penyedia pembayaran digital tempatan kini secara rasmi dilantik sebagai pemeroleh pihak ketiga langsung bagi sistem pertukaran proses kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekali gus menjadikannya antara10 pemeroleh bukan bank yang dihubungkan terus dengan infrastruktur FPX PayNet.

PM Anwar Puji Usaha KWSP Tingkat Kecukupan Pendapatan Persaraan

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berterusan mencari pendekatan baharu bagi meningkatkan kecukupan pendapatan persaraan rakyat Malaysia.

SME Bank, BSN Bekerjasama Perkasa Usahawan Tempatan Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkasa usahawan tempatan Malaysia.

BSN Mikro MADANI: Inisiatif Inklusif Perkasa Usahawan Mikro Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pelancaran Karnival Bank Simpanan Nasional (BSN) Mikro MADANI Zon Pantai Timur di Pasar Payang, Kuala Terengganu merupakan satu inisiatif inklusif dan berfokus komuniti yang bertujuan memperkasa usahawan mikro serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

PruBSN Perkukuh Nilai Ta’awun, Tingkat Kesedaran Takaful

PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) terus komited memperkukuh nilai kebersamaan dan saling membantu menerusi program Ta’awun Ramadan yang kembali untuk tahun kedua. 

Unit BSN Umum Agihan Pendapatan RM4.1 Juta Untuk ASBSN

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.