Terdapat 99 berita berdasarkan kata kunci carian " dr mohd uzir mahidin"

Perdagangan Malaysia, AS Meningkat Kepada RM325.2 Bilion Pada 2024, Dipacu Eksport E&E

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024 meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Nilai Seunit Eksport Malaysia Turun 0.1 Peratus Pada November 2025

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia merosot 0.1 peratus kepada  154.0 mata pada November 2025 berbanding 154.2 mata pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak Dan KL Dominasi Eksport Malaysia Pada November 2025

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Pertanian Naik 3.1 Peratus Pada 2024 Dipacu Komoditi Kelapa Sawit

PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Prestasi kukuh komoditi kelapa sawit terus menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan sektor pertanian negara apabila mencatatkan kenaikan 3.1 peratus pada 2024 berbanding 0.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Indikator Pertanian Terpilih 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Inflasi Malaysia Naik 1.4 Peratus Pada November 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.4 peratus pada November 2025, naik daripada 1.3 peratus pada Oktober, dengan indeks harga pengguna (IHP) berada pada 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada bulan yang sama  tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Eksport Malaysia Meningkat 7.0 Peratus Kepada RM135.0 Bilion Pada November 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan pada November 2025, dengan jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion daripada RM237.4 bilion.

Pelancongan Domestik Catat Rekod 216 Juta Pelawat, Perbelanjaan RM88.4 Bilion Hingga September

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pelancongan domestik Malaysia mencatatkan prestasi cemerlang dengan sejumlah 216 juta pelawat dan perbelanjaan mencecah RM88.4 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, masing-masing meningkat 11.8 peratus dan 13.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

IPP Malaysia Meningkat 6.0 Peratus Pada Oktober 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Naik 6.3 Peratus Kepada RM171.7 Bilion Pada Oktober - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

805,509 OKU Berdaftar Di Malaysia Pada 2024, Mewakili 2.4 Peratus Penduduk - DOSM

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia merekodkan sejumlah 805,509 orang kurang upaya (OKU) berdaftar pada 2024, mewakili 2.4 peratus daripada jumlah penduduk negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Orang Kurang Upaya Malaysia 2024, yang diterbitkan hari ini.

Pendapatan e-Dagang Malaysia Cecah RM937.5 Bilion Pada Sembilan Bulan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2025 meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun kepada RM937.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pelopor Malaysia Naik 0.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penunjuk ekonomi Malaysia mengukuh pada September 2025, dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan kenaikan 0.8 peratus kepada 113.3 mata daripada 112.4 mata tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).