21hari ago
SHAH ALAM, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM3.021 bilion pada 2025, sekali gus merekodkan peningkatan konsisten selama lima tahun berturut-turut, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman dan Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Johor menjangkakan akan mengekalkan trajektori ekonomi kukuh tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus, menyamai prestasi tahun lepas manakala pertumbuhan untuk 2026 diunjur berada dalam lingkungan antara 4.8 dan 6.8 peratus.
3bulan ago
SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang meningkat berbanding RM1.999 bilion pada 2025 dengan menumpukan usaha menjamin kebajikan, kesejahteraan Bangsa Johor serta mengukuhkan kedudukan fiskal negeri.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 11 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yakin Akaun Hasil Disatukan (AHD) negeri dapat dipulihkan kepada hampir RM1 bilion menjelang 2028 menerusi strategi pengurusan kewangan berhemat dan hasil negeri yang meningkat.
5bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 11 Sept (Bernama) -- Johor berada dalam landasan kukuh untuk merekodkan unjuran hasil negeri mencecah RM2.5 bilion tahun ini iaitu tertinggi dalam sejarah, sekali gus mengatasi rekod tertinggi antara RM1.5 bilion hingga RM1.7 bilion yang dicatat bagi tempoh 2015 sehingga 2021.
6bulan ago
LABUAN, 5 Ogos (Bernama) -- Strategi ekonomi berteraskan Sabah yang baharu membuka laluan kepada usaha pembangunan jangka panjang yang lebih bersasar, sekali gus menawarkan harapan terhadap pemulihan ekonomi negeri dan penciptaan pekerjaan, kata seorang pakar.
6bulan ago
SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Di tengah-tengah peralihan ekonomi global, Sabah melangkah kehadapan dengan langkah-langkah strategik bagi meletakkan negeri itu bukan sahaja sebagai pemain serantau, tetapi juga kuasa utama dalam perdagangan dunia.
9bulan ago
KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu giat meneroka kerjasama strategik dengan negara luar seperti Australia, Jepun dan Korea bagi mendapatkan teknologi alternatif yang lebih terbuka dan lestari, sejajar dengan usaha negeri itu memanfaatkan potensi sumber asli secara berterusan.
10bulan ago
KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lepas, tertinggi yang pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.