Terdapat 2696 berita berdasarkan kata kunci carian " kad"

Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat Perbadanan Labuan 2025-2027 Tumpu Perkukuh Ekonomi

LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi sesi 2025-2027 dengan menumpukan kepada langkah memperkukuh ekonomi serta menangani beberapa cabaran ekonomi tertunggak dan baharu yang dihadapi pulau ini.

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan, Dipacu Momentum Pertumbuhan Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih kukuh dan kekal pada sekitar paras 3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, disokong oleh momentum pertumbuhan ekonomi domestik yang teguh seterusnya mempengaruhi sentimen pasaran.

Niaga Hadapan Emas Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dipengaruhi Data Inflasi AS

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada minggu depan.

CIMB Semak Naik Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Papar Momentum Kukuh

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- CIMB Treasury & Markets Research menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia yang dinaikkan kepada 4.5 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.

Pertumbuhan Ekonomi Catat Prestasi Positif, Atasi Unjuran Awal - Fahmi

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding angka pada tempoh sama tahun lepas merupakan prestasi yang cukup positif dan mengatasi unjuran awal.

Permintaan Domestik Kukuh Tingkatkan KDNK Malaysia, Defisit Fiskal Turun Kepada 3.7 Peratus - MOF

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Permintaan domestik yang kukuh telah membantu Malaysia mengatasi anggaran awal, menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun sebanyak 6.3 peratus dan pertumbuhan tahun penuh kepada 5.2 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Penggunaan SIMS Cecah 95 Peratus Dalam Kalangan Pemegang Lesen MPOB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Lebih 95 peratus pemegang lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) daripada pelbagai kategori kini aktif menggunakan Sawit Intelligent Management System (SIMS), menurut lembaga itu.

Ringgit Naik 3.9 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Suku Keempat 2025 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. 

Ringgit Dijangka Bergerak Ke Arah 3.70 Menjelang Akhir Tahun - MUFG Bank

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- MUFG Bank Ltd menjangkakan ringgit akan terus mengukuh ke arah 3.7000 menjelang akhir‑2026 berbanding dolar US, disokong oleh kitaran kenaikan nilai ringgit yang lebih bertahan selepas dipacu oleh asas struktur.

MFA Sasar Pelaburan Berpotensi RM600 Juta Menerusi Francais Antarabangsa Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan nilai pelaburan berpotensi berjumlah RM600 juta melalui pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2026, meningkat daripada RM424 juta yang dicatatkan tahun lepas.

Ringgit Melonjak Cecah 3.89 Berbanding Dolar AS, Hampir Tertinggi Dalam Lapan Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.