Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " kerencaman"

Usaha Kerajaan Tingkatkan Kerencaman Ekonomi Berjaya - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk meningkatkan kerencaman ekonomi negara telah berjaya dengan mengambil kira prestasi sektor ekonomi berdaya saing yang diunjurkan pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

RMK13 Tumpu Kurangkan Jurang Pembangunan Negeri, Agih Perbelanjaan Seimbang

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi tumpuan terhadap pengurangan jurang pembangunan antara negeri melalui agihan perbelanjaan pembangunan yang lebih seimbang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RMK13 Fokus Lonjakan Industri Teknologi Tinggi, Pertumbuhan Ekonomi Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi dokumen penting yang merangka strategi pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang dengan tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam arus global yang kian mencabar.

Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Penciptaan Nilai - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan penciptaan nilai dengan meningkatkan kerencaman ekonomi untuk menaikkan siling, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Naik 70 Mata Sehingga Hari Ini Sejak Pembentangan RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RMK13 Tumpu Reformasi Industri Semikonduktor, Cergaskan Perkhidmatan Global

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) --  Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.

Melakar Masa Depan: RMK13 Beri Tumpuan Kepada Penciptaan Nilai Bagi Pacu Pertumbuhan, Peruntukan Pembangunan RM430 Bilion

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.

Dua Tahun Kerajaan Madani: Menukar Cabaran Kepada Pencapaian

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dalam tempoh hanya dua tahun mentadbir negara, kerajaan MADANI telah mencapai titik perubahan penting dalam pembaharuan ekonomi Malaysia, selain langkah menangani ketidakcekapan entiti milik kerajaan, membina asas ekonomi yang berdaya tahan pada tahun pertama pentadbirannya.

Pengukuhan Ekonomi Suku-3 Letak Malaysia Di Landasan Pertumbuhan 4.8-5.3 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia dan pengurusan ekonomi kerajaan.

Belanjawan 2025 Akan Terus Perkukuh Industri Semikonduktor Malaysia - Persatuan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.