Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " kerugian bersih"

Kerugian MSM Mengecil Selepas Pengurangan Kos Dan Kerugian Tukaran

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih MSM Malaysia Holdings Bhd mengecil kepada RM4.60 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM49.76 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, dipacu oleh margin yang lebih tinggi selepas pengurangan dalam kos pengeluaran termasuk kerugian tukaran mata wang asing.

UEM Edgenta Catat Kerugian Bersih RM94.12 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM94.12 juta untuk suku ketiga berakhir pada 30 September, 2025, berbanding keuntungan bersih RM10.23 juta setahun sebelumnya, disebabkan oleh rosot nilai bukan tunai sekali sahaja yang ketara bagi muhibah (goodwill), aset bukan semasa dan penghutang yang telah lama tertunggak.

Bursa Gantung Jualan Singkat Harian D&O Green Tech

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.

DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih Sembilan Bulan Pada RM60.62 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM60.62 juta untuk sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2025, selepas disokong oleh pengukuhan dalam sektor perbankan, automotif dan perkhidmatan.

Kerugian Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM45.23 Juta Dalam Suku Ketiga

 KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM45.23 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2025, mengurangkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Belanjawan 2026: Top Glove Harap Bayaran Balik Cukai Dipercepat Bagi Ringankan Aliran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berharap agar bayaran balik cukai bagi lebihan pembayaran dapat dipercepatkan untuk menambah baik aliran tunai dan meningkatkan kecekapan operasi.

Rugi Bersih WCE Turun Kepada RM25.33 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerugian bersih WCE Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Jun, 2025, turun kepada RM25.33 juta berbanding kerugian bersih sebanyak RM25.86 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas.

Lotte Chemical Titan Kurangkan Kerugian Kepada RM173.09 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) telah mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM173.09 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 daripada kerugian bersih berjumlah RM248.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2024.

Ramssol Sokong Anak Syarikat Alami Kerugian Untuk Raih Untung US$1 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ramssol Group Bhd menyatakan sokongan terhadap anak syarikatnya yang mengalami kerugian, Rider Gate Sdn Bhd, untuk mencatat keuntungan selepas cukai sekurang-kurangnya US$1 juta susulan pelupusan 40 peratus kepentingan kepada SAGTEC Global Ltd yang disenaraikan di NASDAQ.

UEM Edgenta Raih Nilai Perolehan Kontrak RM1.1 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.

FGV Holdings Kembali Catat Keuntungan, Catat Untung Bersih Suku Pertama RM36.48 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- FGV Holdings Bhd kembali mencatat keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM36.48 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, berbanding kerugian bersih RM13.50 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM41.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, melonjak daripada kerugian bersih berjumlah RM19.6 juta pada suku yang sama tahun lepas, terjejas oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pos dan logistiknya.