4jam ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti dagangan yang lebih baik walaupun mengalami tekanan awal minggu ini.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kumpulan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM614.20 juta bagi tahun kewangan 2025 (TK2025) berakhir pada 31 Dis, 2025, daripada RM490.27 juta diraih bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- CIMB Treasury & Markets Research menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia yang dinaikkan kepada 4.5 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.
10jam ago
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding angka pada tempoh sama tahun lepas merupakan prestasi yang cukup positif dan mengatasi unjuran awal.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2025 masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 2 peratus, berbanding 1.8 peratus pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Saham tempatan menutup sesi dagangan pagi pada paras rendah, didorong oleh jualan meluas dalam kalangan kaunter utama, seiring penurunan pasaran serantau.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka merekodkan peningkatan tidak ketara dari segi minat pembelian pada tahun ini, walaupun terdapat asas yang tinggi pada 2025, disokong oleh prospek yang kekal positif serta asas permintaan yang kukuh, menurut MBSB Investment Bank.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
13jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangan hari ini dalam zon rendah, dengan indeks utama susut 0.32 peratus manakala pasaran menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung susulan aktiviti pengambilan untung dan sentimen lemah menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluar serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan di Australia susulan penyewaan kemudahan gudang baharu di sana.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.3 peratus pada Disember 2025 kepada 28,684 tan berbanding 20,891 tan pada November 2025, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.