BERITA TERKINI   ACLE : JDT 1-0 VISSEL KOBE | 

Terdapat 76 berita berdasarkan kata kunci carian " kuching"

Penggiat Pelancongan Gesa Kesambungan Penerbangan Langsung Lebih Baik Bagi Labuan

LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Kesambungan penerbangan yang lebih baik dan usaha promosi di peringkat global lebih giat akan merancakkan pembangunan pelancongan Labuan, kata penggiat industri pelancongan pulau ini.

Kee Ming Sasar Pertumbuhan Dalam Sektor TBB, Pusat Data Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kee Ming Group Bhd yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB), kemudahan ketersambungan dan voltan tinggi (HV), pembangunan pusat data serta reka dan bina projek perindustrian dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

AirBorneo Rancang Pengembangan, Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026

SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- AirBorneo menyasarkan untuk mengembangkan operasinya dengan laluan dan kapasiti tambahan, susulan rancangannya untuk memperkenalkan operasi enjin jet pada separuh kedua 2026. 

Unit Pintaras Jaya Peroleh Kerja Subkontrak Bernilai RM35.5 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pintaras Jaya Bhd, Pintaras (East Malaysia) Sdn Bhd memenangi subkontrak bagi cadangan pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Kuching, Sarawak. 

JS-SEZ Berpotensi Jadi Model Pembangunan Serantau, Boleh Diperluas Ke Negara Jiran - Pakar

JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.

GDB Raih Kontrak Infrastruktur Bernilai RM121.4 Juta Daripada Bina Muhibbah Permajaya

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak infrastruktur berjumlah RM121.4 juta bagi dua projek Bina Muhibbah Permajaya Construction Sdn Bhd.

Trafik Penumpang MAHB 2025 Cecah 153.3 Juta Seiring Permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.

MAG Akan Kendali Lebih 2,400 Penerbangan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.

Batik Air Perkenal Laluan Baharu Ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru Dan Langkawi

PETALING JAYA, 12 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, yang menawarkan penerbangan terus ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi.

Sarawak Unjur Pelaburan US$7 Bilion Melalui Kerjasama Dengan China - Abang Johari

KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini dengan unjuran potensi pelaburan US$7 bilion dalam tempoh 10 tahun hasil kerjasama strategik dengan pemain industri antarabangsa.

Indeks Harga Seunit Besi Susut -0.1 Sehingga -3.2 Peratus Pada November 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan indeks harga seunit besi menunjukkan penurunan pada November 2025 iaitu antara -0.1 sehingga -3.2 peratus berbanding bulan lepas.

Lebih 1.45 Juta Peserta Sertai Modul Percuma Dalam Portal Rakyat Digital - Gobind

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 1.45 juta peserta telah menyertai modul percuma yang ditawarkan dalam Portal Rakyat Digital setakat hari ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.