Terdapat 277 berita berdasarkan kata kunci carian " libat urus"

Syor ADB Mengenai Kemudahan US$30 Bilion Antara Hasil Mesyuarat AFMGM Ke-13 -- MOF

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 (AFMGM) menyambut baik cadangan Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai kemudahan bernilai US$30 bilion (RM141 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Realiti Landskap Keselamatan Global Tuntut Malaysia, Turkiye Tingkat Hubungan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Malaysia dan Turkiye disaran bertindak mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dengan melangkaui aspek perolehan dan mewujudkan kerjasama strategik selain membangunkan industri pertahanan serta aeroangkasa tempatan secara bersama.

ADFIM Minta Pelanggan Terjejas Hubungi DFI Untuk Sokongan Dalam Tempoh Sukar

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM)  meminta pelanggan untuk menghubungi institusi kewangan pembangunan (DFI) dan pertubuhan pembangunan usahawan (EDO) masing-masing bagi meneliti pilihan sokongan yang tersedia.

Pasukan Petugas Kemuka Saranan Tangani Cabaran Perindustrian Labuan

LABUAN, 8 April (Bernama) -- Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh untuk menangani cabaran ekonomi yang menjejaskan penggiat industri di Labuan.

MATRADE Sasar Pacu Dagangan Malaysia-Uzbekistan, Asia Tengah Pintu Masuk Strategik

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang meningkatkan usaha bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala negara ini dengan Uzbekistan, sekali gus menjadikan Asia Tengah sebagai pintu masuk strategik ke pasaran serantau yang lebih meluas.

Bekalan Petroleum Negara Kekal Stabil, Kerajaan Siap Sedia Pelan Kontigensi - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, manakala kerajaan telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Petronas Dan Pihak Berkuasa Bekerjasama Pacu Pengeluaran, Jamin Bekalan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keterjaminan bekalan domestik selain mempercepat usaha meningkatkan pengeluaran minyak mentah.

Kerajaan Akan Bincang Isu Krisis Tenaga Global Ke Kabinet Susulan Risiko Geopolitik – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan membangkitkan isu-isu berkaitan krisis tenaga global yang sedang berlaku ke Kabinet untuk pertimbangan lanjut, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Asas Domestik Kukuh, Langkah Pembaharuan Sokong Ringgit Pada 2026 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal positif pada 2026 didorong oleh asas domestik yang kukuh dan langkah-langkah pembaharuan yang berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Sistem Kewangan Yang Progresif Dan Inklusif Jadi Keutamaan BNM Pada 2026

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan beberapa keutamaan untuk  tahun 2026 dalam usaha membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif.

Kerajaan Kekal Sasaran Pertumbuhan Ekonomi, Imbang Tekanan Inflasi Susulan Konflik Asia Barat

JOHOR BAHRU, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan menumpukan usaha mengimbangi kebajikan rakyat, tekanan inflasi dan pertumbuhan ekonomi susulan ketidaktentuan global akibat konflik Asia Barat dengan sasaran pertumbuhan 2026 kekal pada 4.0 hingga 4.5 peratus setakat ini.

SC Lancar FIKRALab Pacu Pembangunan Produk Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Makmal Inovasi ICM (FIKRALab) iaitu platform penciptaan bersama berstruktur serta penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk membangunkan produk dan instrumen baharu pasaran modal Islam (ICM).