Maxis Pamer Penyelesaian Mobile Identity, Tampil Pengesahan Platform Digital Lancar, Selamat
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu (telco) ternama di Malaysia, baru-baru ini mempamerkan penyelesaian Mobile Identity Maxis dalam menyampaikan pengalaman pengesahan yang lancar, selamat dan dipermudahkan bagi pengguna mudah alih.