BERITA TERKINI   Malaysia akan menyokong pengenaan tarif sifar terhadap komoditi seperti koko, getah dan minyak sawit dieksport ke AS yang kini tertakluk kepada duti 19 peratus - Tengku Zafrul | Siasatan terperinci, menyeluruh dijalankan bagi kenal pasti punca kematian Pegawai Palapes UTM - KPD Kota Tinggi | Kematian Pegawai Palapes UTM: Hasil bedah siasat dapati tiada kecederaan berunsur jenayah dikesan - KPD Kota Tinggi | Siasatan terperinci, menyeluruh dijalankan bagi kenal pasti punca kematian Pegawai Palapes UTM - OCPD Kota Tinggi | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " malakoff corporation"

Prospek Raih Tender, CGS International Kekalkan Saranan Positif Terhadap Malakoff

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengekalkan saranan positif terhadap Malakoff Corporation Bhd, didorong oleh kedudukan kukuhnya untuk meraih tender  Suruhanjaya Tenaga (ST) di tengah-tengah peningkatan permintaan tenaga.

Unit Malakoff Memeterai Perjanjian Bina Fasiliti Pengurusan Sisa Ke Tenaga Di Melaka

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah memeterai perjanjian konsesi mengenai perkongsian awam-swasta dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Peralihan Tenaga Perlu Sesuai Dengan Keperluan Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dasar peralihan tenaga Malaysia perlu disesuaikan dengan realiti negara serta keupayaan tempatan dan bukan sekadar mematuhi tekanan antarabangsa, kata Pengerusi Malakoff Corporation Bhd, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Malakoff Terbit Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN Sebanyak RM250 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion.

Malakoff Kembali Untung Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023.

Malakoff Selesai Pengambilalihan Zec Solar, TJZ Suria

KUALA LUMPUR,  31 Jan (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Zec Solar Sdn Bhd dan TJZ Suria Sdn Bhd. 

Loji Janakuasa Prai: Lambang Kecemerlangan Dan Inovasi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Loji Janakuasa Prai milik Malakoff Corporation Bhd menjadi lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam sektor tenaga Malaysia.