16jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia masih meletakkan negara dalam kedudukan yang kompetitif secara keseluruhannya, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
17jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Aktiviti transhipment atau pindah kapal masih belum diperjelaskan sepenuhnya dari segi pelaksanaan penguatkuasaan berikutan Amerika Syarikat (AS) belum menggariskan secara terperinci kategori aktiviti itu, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
17jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) – Kerjasama antara Malaysia dan syarikat teknologi global ARM Ltd dijangka memberi pulangan pelaburan (ROI) dalam tempoh 10 tahun, kata Kementerian Ekonomi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tidak wujud tekanan terhadap Malaysia Airlines (MAS) untuk membeli 30 buah pesawat Boeing sebagai syarat untuk mendapatkan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) daripada 25 peratus kepada 19 peratus.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang meneliti untuk memuktamadkan sebanyak 27 cadangan projek pembangunan baharu bernilai RM880.57 juta bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Khazanah Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kesan langsung daripada sekatan atau cabaran pasaran Amerika Syarikat (AS) terhadap industri minyak sawit Malaysia dijangka pada tahap minimum, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk mengaktifkan semula kerjasama ekonomi dengan negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) melalui pelbagai usaha strategik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpandangan konflik Iran-Israel yang berlanjutan dijangka menyebabkan lonjakan harga minyak global sekali gus meningkatkan harga bahan mentah dan kos logistik.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui agensinya, SIRIM, memperkasakan langkah pengawalan import sisa plastik dan melaksanakan Pensijilan Bahan kitar semula pascapengguna (PCR) untuk memperkukuh ekonomi kitaran dalam sektor perindustrian.
8hari ago
SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki hab halal moden berteknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan Fasiliti Penyimpanan Sejuk Beku Halal Bersepadu yang dikenali sebagai Regional Halal Distribution Centre (RHDC) di Bandar Enstek di sini.