12hari ago
PADAWAN, 18 Dis (Bernama) -- Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) hari ini mengadakan majlis pecah tanah projek Barisan 2 Pengeluaran Klinker Mambong bernilai RM673 juta.
17hari ago
SIPITANG, 13 Dis (Bernama) -- Pelaburan strategik lebih RM1 bilion bagi membangunkan mini kemudahan pengurusan sisa terjadual di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di sini, bakal membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah, sekali gus menyokong pertumbuhan industri mampan, selamat dan berdaya saing.
24hari ago
SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Pembangunan berorientasi transit, Seremban Sentral, dijangka menjana perolehan perniagaan bernilai RM300 juta setahun dan mencipta kira-kira 2,500 peluang pekerjaan baharu pelbagai bidang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menjadi hab bandar moden dan berdaya saing.
3bulan ago
NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan dalam sektor pembuatan dari China yang diluluskan bernilai RM1.85 bilion untuk separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
4bulan ago
IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pemaju perumahan, Danau Lumayan Sdn Bhd menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya projek perumahan berskala besar mematuhi konsep MADANI dengan menyediakan infrastruktur pendidikan.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- SuperSiC (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd (JSG) melakukan majlis pecah tanah bagi kemudahan pembuatan terbaharunya di Penang Technology Park @ Bertam, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan global syarikat itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Tun Razak Exchange (TRX) akan menyaksikan penambahan bangunan komersial ke-10 menjelang suku kedua 2029, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pertumbuhan hab kewangan antarabangsa Kuala Lumpur.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kehadiran PricewaterhouseCoopers Malaysia Holdings Sdn Bhd (PwC Malaysia) sebagai penyewa utama di Tun Razak Exchange (TRX) menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama perniagaan global serta memperkukuh ekosistem Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) Malaysia itu.
6bulan ago
MELAKA, 14 Jun (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd bakal membangunkan dua projek hartanah di Melaka melibatkan pembinaan unit kediaman dan premis industri yang dijangka bermula secara berperingkat pada tahun ini.
6bulan ago
SEPANG, 5 Jun (Bernama) -- Cadangan projek Jajaran Rel Selangor merupakan pautan sistem perhubungan penting yang berupaya membuka potensi sepenuhnya Selangor Aero Park (SAP) yang baru dilancarkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.