3jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang meningkatkan usaha bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala negara ini dengan Uzbekistan, sekali gus menjadikan Asia Tengah sebagai pintu masuk strategik ke pasaran serantau yang lebih meluas.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) Zou Jiayi membincangkan agenda pembangunan mampan yang meliputi peralihan tenaga hijau serta pemerkasaan infrastruktur digital dan teknologi termaju.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia merupakan negara ASEAN yang paling kurang terjejas oleh konflik di Asia Barat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHBIB).
9jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- RHB Banking Group terus memperkukuh komitmennya dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan pelanggan menerusi pelancaran RHB Wealth Advance (RWA) dan Takaful mySmart Income Enhanced (MSIE).
9jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tekanan ekonomi susulan konflik Asia Barat dijangka dapat dikurangkan melalui sokongan fiskal, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ringgit yang lebih kukuh, serta ketahanan perbelanjaan dalam sektor makanan dan minuman, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
13jam ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Jumaat apabila pasaran bersedia untuk bacaan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah, memberi tekanan kepada dolar AS dan menyokong mata wang serantau.
1hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dengan indeks utama berakhir pada paras terendah harian apabila optimisme terhadap penamatan segera konflik Asia Barat menjadi suram susulan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pagi ini yang mencetuskan sentimen penghindaran risiko global.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia masih berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik berbanding unjuran semasa bergantung kepada tempoh konflik Asia Barat, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong optimisme bahawa ketegangan geopolitik mungkin semakin reda, walaupun sentimen pasaran keseluruhan kekal berhati-hati.
1hari ago
JOHOR BAHRU, 1 April (Bernama) -- Syarikat teknologi global berpangkalan di Shanghai, China, LongCheer Technology merancang melabur kira-kira RM500 juta yang dijangka bakal mewujudkan 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Johor.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).