2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai, 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan pihaknya telah menghantar dokumen tawaran untuk rancangan penyusunan semula FGV Holdings Bhd dengan tarikh tutup tawaran pada 5 petang, Isnin, 7 Julai 2025, melainkan tarikh itu dilanjutkan.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pelan penyusunan semula Capital A Bhd untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) kini berada di peringkat akhir dengan 15 hingga 20 peratus masih belum selesai yang dijangka siap selewat-lewatnya akhir Julai 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menolak permohonan Barakah Offshore Petroleum Bhd untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mendapatkan kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk lanjutan tempoh sehingga 15 April, 2025, bagi mengeluarkan pekeliling pemegang saham mengenai cadangan pelan penyusunan semula Nota Amalan 17 (PN17).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) sedang mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan perjanjian induk dasar (HOA) susulan penyahsenaraian Nylex (Malaysia) Bhd daripada Bursa Malaysia yang dijadualkan esok.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (PDB) mencatatkan kemajuan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, daripada memperoleh pembiayaan utama sehingga melaksanakan pembelian strategik dan kerjasama yang mendorongnya untuk pertumbuhan jangka masa panjang.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Securities Bhd telah menolak permohonan Scomi Energy Services Bhd untuk lanjutan masa bagi penyerahan pelan penyusunan semulanya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Syarikat berstatus PN17 (Nota Amalan 17), KNM Group Bhd, masih dalam proses merangka pelan untuk menyelaraskan keadaan kewangannya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan cadangan pelan penyusunan semula Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha syarikat itu ke arah pemulihan kewangan dan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).