7jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tenaga nuklear kini semakin berpotensi sebagai sumber tenaga yang stabil dan rendah karbon seterusnya melengkapkan tenaga boleh baharu serta mengukuhkan keterjaminan tenaga.
21jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan Thailand mengamalkan pendekatan yang berbeza secara asas dalam pengurusan subsidi bahan api, mencerminkan perbezaan keutamaan dasar serta strategi kedua-dua negara dalam mengimbangi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan harga minyak global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Industri insurans dan takaful Malaysia dijangka dapat menangani sebarang jurang struktur menerusi pelaksanaan fasa rintis inisiatif Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang dijadual pada separuh kedua 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Malaysia dan Turkiye disaran bertindak mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dengan melangkaui aspek perolehan dan mewujudkan kerjasama strategik selain membangunkan industri pertahanan serta aeroangkasa tempatan secara bersama.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran bagi perdagangan pengedaran tahun ini pada 6.1 peratus, walaupun risiko negatif akibat krisis tenaga yang berterusan mungkin mendorong semakan turun terhadap unjuran itu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2026 dan 4.5 peratus pada 2027.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ekonomi global kini diasak tekanan akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan yang berpotensi memerlukan bantuan kewangan sehingga US$50 bilion (US$1 = RM3.98) bagi membantu negara-negara rentan menangani kejutannya, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Life Insurance Malaysia Bhd, Pauline Teoh sebagai presiden baharunya.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional Bhd tahun ini bagi menyokong komitmen pengembangan dan penyelenggaraan kumpulan pesawatnya walaupun terdapat peningkatan ketara aliran tunai operasi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank pusat perlu berkembang menjadi arkitek berdaya tahan dalam landskap global yang sentiasa berubah dan bukan sekadar menjadi penjaga kestabilan walaupun peranan itu masih penting, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal positif pada 2026 didorong oleh asas domestik yang kukuh dan langkah-langkah pembaharuan yang berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.