Terdapat 14 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan faedah bersih"

Untung Bersih CIMB Group Suku Ketiga Naik Kepada RM2.08 Bilion, Umum Dividen Khas Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih AMMB Holdings Meningkat Kepada RM534.58 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM534.58 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM500.57 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 Public Bank Susut Sedikit Kepada RM1.76 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sedikit sebanyak RM1.76 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM1.78 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

CIMB Catat Keuntungan Bersih Suku Pertama Sebanyak RM1.97 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat 9.6 peratus kepada RM1.97 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM1.94 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.

AmBank Group Catat Untung Bersih RM2 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.

Ujian Tekanan Kesolvenan Tunjukkan Sistem Perbankan Miliki Daya Tahan Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.

Untung Bersih Maybank Lepasi RM10 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024, Perolehan RM68.94 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.

Untung Bersih Suku Ketiga AmBank Group Susut Kepada RM486.49 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM486.49 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2024, susut daripada RM543.41 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Suku Ketiga Public Bank Naik Kepada RM1.91 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.

Untung Bersih Alliance Bank Meningkat Kepada RM189.91 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.

Hong Leong Bank Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Kepada RM1.09 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.