BERITA TERKINI   MB Terengganu Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang - Setiausaha Agung PN | Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 6,680 individu termasuk 15 remaja diberi notis kesalahan buang sampah sejak Januari - Aiman Athirah | PM Anwar tegaskan kebenaran pelajar laluan UEC masuki IPTA dibuat bersyarat, seperti lulusan sekolah luar sistem pendidikan kebangsaan lain | 

Terdapat 904 berita berdasarkan kata kunci carian " penjaga"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.

Rusia Tekankan Kerjasama Dengan Negara-negara Islam

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

KAZAN (Rusia), 15 Mei (Bernama) -- Rusia menekankan komitmen untuk meneruskan kerjasama yang sedang dijalinkan dengan negara Islam dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, industri, teknologi maklumat, pembinaan, pertanian, kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.

Bursa Malaysia Ditutup Susut Sedikit Susulan Prestasi Saham Perbankan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil pada akhir dagangan Khamis, diheret turun oleh prestasi saham-saham perbankan susulan tindakan pelabur mengambil untung masing-masing berikutan peningkatan sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Kekal Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.

Malaysia, China Kongsi Peluang Besar Dalam Kerjasama Minyak Sawit Lebih Kukuh - Noraini

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia dan China berkongsi peluang besar dalam memperkukuh kerjasama industri nilai tambah berasaskan minyak sawit, khususnya ketika permintaan terus meningkat terhadap produk berasaskan sawit mampan, dipacu prestasi dan penggunaan khusus.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Pembelian Saham Mewah Semasa Harga Murah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.

Taiwan Sasar Kerjasama Lebih Erat Dengan Malaysia Dalam Rantaian Bekalan Berteknologi Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam rantaian bekalan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).

Taiwan Berhasrat Perbaharui Perjanjian Pelaburan Dua Hala 1993 Dengan Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan Saat-Saat Akhir

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Tekanan jualan saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas merekodkan kenaikan awal, apabila pengambilan untung dalam saham perbankan dan pengangkutan berwajaran tinggi menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Dengan Aliran Masuk RM95.2 Juta - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti pada minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut mencatat jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM95.2 juta berbanding aliran keluar bersih RM160.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut untuk ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung, seiring prestasi lemah pasaran global apabila perkembangan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan selera risiko pelabur, kata penganalisis.