2bulan ago
GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memantau dasar ekonomi baharu yang akan dikeluarkan oleh Kabinet yang bakal terbentuk di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu baru-baru ini.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan untuk ditutup rendah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan selama empat hari dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turutnya apabila keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mula diperoleh, kata seorang pakar ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, disokong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan serantau dan prestasi ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024, mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.
2bulan ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minat yang dijangka berterusan dalam saham perladangan ketika kenaikan harga minyak sawit mentah dan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengimbangkan potensi turun naik berikutan pilihan raya AS, menstabilkan prestasi Bursa Malaysia minggu depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 Nov, 2024, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas, iaitu paras tertinggi sepanjang masa, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).