Terdapat 6896 berita berdasarkan kata kunci carian " sep"

Kerajaan Masih Mampu Tampung Subsidi RON95, Sedia Selaras Dasar

IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.

Program Agrobank-MAINJ Pertingkat Kecekapan Usahawan Kecil

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 28 Mac (Bernama) -- Daripada hampir dua jam di dapur untuk menyiapkan produk jualan, seorang usahawan kecil di sini kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menjimatkan proses memasak dengan peralatan baharu yang lebih efisien.

Akta Khusus BNPL Lindung Pengguna Terutama Generasi Muda Daripada Bebanan Hutang

​​​​​KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Penggubalan satu akta khusus berkaitan skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) adalah penting untuk melindungi pengguna terutama generasi muda daripada bebanan hutang yang tinggi.

Program Agro Komuniti Aqina Fruits-Agrobank Pacu Misi SDG Sifar Kelaparan, Perkasa B40

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Program Agro Komuniti B40 Tanaman Nanas MD2 yang dilaksanakan Aqina Fruits Sdn Bhd (AFSB) dengan kerjasama Agrobank, memacu dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2: Sifar Kelaparan melalui pemerkasaan golongan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tinggi Minggu Depan Susulan Prospek Permintaan Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan berikutan jangkaan permintaan yang kukuh, kata peniaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Meneguh Minggu Hadapan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan meneguh pada minggu hadapan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai asas.

SC Berpendirian Tidak Perlu Tubuhkan Bursa Malaysia Regsub Susulan Kerangka COI Ditambah Baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memutuskan bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk meneruskan cadangan undang-undang bagi menubuhkan anak syarikat Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia RegSub) untuk mengambil alih fungsi pengawalseliaan yang kini dijalankan syarikat induk bursa itu.

Tenaga Solar Mampu Jadi Alternatif Penjanaan Elektrik Susulan Konflik Di Asia Barat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Tenaga solar kini menjadi alternatif penting untuk penjanaan elektrik bagi menggantikan penggunaan minyak, gas dan arang batu yang terhad susulan konflik di Asia Barat pada masa ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Minyak Mentah, Harga Minyak Kacang Soya Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Melemah Selepas Pelabur Beralih Ke Dolar US

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan kerugian untuk ditutup lebih rendah pada hari Jumaat selepas pelabur semakin beralih kepada aset selamat seperti dolar US.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai asas.

CIMB, SC, Bursa Malaysia Jalin Kerjasama Untuk Pacu Pasaran Modal Islam Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd, akan membangunkan instrumen inovatif bagi memacu pasaran modal Islam Malaysia, selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 SC.