Malakoff Terbit Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN Sebanyak RM250 Juta
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Malakoff Power Bhd (MPower) telah berjaya menerbitkan Sukuk Murabahah Pelaburan dan Bertanggungjawab (SRI) Kemampanan ASEAN pertamanya sebanyak RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang bernilai RM1.2 bilion.