11hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Verde Resources Inc, syarikat sekutu Borneo Oil Bhd telah memohon untuk menyenaraikan saham biasanya di pasaran saham Nasdaq, bersempena dengan cadangan tawaran awam tajaan jamin di Amerika Syarikat (AS).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Tinjauan bagi penerapan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh syarikat-syarikat di Malaysia kelihatan sangat positif tahun depan, sebahagian besarnya disebabkan oleh inisiatif dasar praktikal yang diperkenalkan tahun ini, seperti cukai karbon, peningkatan pelaporan ESG dan inisiatif kemampanan yang meningkat.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR), yang dipengerusikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pendekatannya untuk menangani ketidakpatuhan terhadap keperluan pelaporan kemampanan pengawalseliaan, yang dibangunkan selaras dengan Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Negara (NSRF).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia sedang “berlayar” menuju ke penamat 2025 dalam keadaan yang “berombak”, dengan subsektor seperti pelabuhan melakarkan prestasi paling cemerlang didorong oleh peluasan rangkaian pemindahan ke kapal melalui kerjasama rakan antarabangsa.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2025 (CG Monitor) yang menunjukkan kemajuan berterusan syarikat awam tersenarai (PLC) dalam penerimaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia sedang mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memantapkan pematuhan, pengurusan risiko dan pengesanan penipuan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sumber saintifik dan kewangan harus disegerakan untuk memahami dan menangani kesan perubahan iklim, memandangkan peristiwa cuaca ekstrem bukan lagi jarang berlaku tetapi berulang dan semakin meningkat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.