4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh KPS Consortium Bhd (KPSCB), KPS Plywood Sdn Bhd, memeterai tiga perjanjian jual beli berasingan dengan Nautical Wealth Sdn Bhd (dalam pembubaran) bagi memperoleh beberapa hartanah di Rawang, Selangor, pada harga RM45.5 juta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Avaland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Nexus Advertising Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Tong Ah Company Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah pegangan bebas di Taman U-Thant di sini pada harga RM86.04 juta.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unit Eco World Development Group Bhd, Eco Business Park 6 Sdn Bhd menjual dua bidang tanah perindustrian di Kulai, Iskandar Malaysia, Johor kepada KNBDC Malaysia Five Sdn Bhd pada harga RM280.8 juta.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Eksport halal Malaysia pada 2025 berjumlah RM68.52 bilion, meningkat 10.9 peratus tahun ke tahun sekali gus menunjukkan permintaan global yang berterusan dan daya tahan industri dalam persekitaran cabaran geopolitik yang sentiasa berubah, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Weeroc Space Sdn Bhd, cabang aeroangkasa milik firma Weeroc Perancis, berjaya melakar kejayaan bagi fasa “tapeout” yang menjadi tahap penting reka bentuk cip sebelum ke peringkat pembuatan dalam sektor semikonduktor.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Neucu Capital Partners (M) Sdn Bhd (NCAP) berjaya memudahkan langganan penuh Nota Pelaburan Tenaga Boleh Baharu sulung, yang diterbitkan oleh NEC Suria Asset I Sdn Bhd (NECSA-I), sebuah syarikat tujuan khas (SPV) infrastruktur di bawah Nexgram Holdings Bhd.
1bulan ago
IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Jerayawara Mega Sunway kembali lagi tahun ini menerusi format digital sepenuhnya, yang menawarkan cara mudah kepada pengguna untuk mengakses tawaran dan aktiviti di seluruh Sunway City Kuala Lumpur melalui Sunway "Super App".
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pemecut Penyelidikan Malaysia untuk Teknologi dan Inovasi (MRANTI) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memajukan pendekatan berasaskan misi menghubungkan penyelidikan, pembangunan teknologi dan penggunaan industri menerusi MRANTI Park.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Industri aeroangkasa Malaysia harus menyesuaikan diri dengan transformasi ketara dalam landskap aeroangkasa global termasuk perubahan rantaian bekalan dan keperluan pensijilan yang semakin kompleks.