BERITA TERKINI   PM Anwar hubungi rakan sejawat Jonas Gahr Støre dan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap keputusan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu | 

Terdapat 156 berita berdasarkan kata kunci carian " tamat"

Unit Permaju Tamatkan Perniagaan Pengedaran Ford

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Permaju Industries Bhd, Capital Intertrade Sdn Bhd (CISB) menamatkan operasi pengedaran Ford, dengan mengemukakan notis penutupan syarikat dan penyerahan operasi kepada Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (Sime Darby Auto).

Dakwaan Semua EV Akan Mahal Tidak Tepat, Pengguna Masih Ada Pilihan - Sim

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Dakwaan bahawa semua kenderaan elektrik (EV) akan menjadi mahal susulan pelaksanaan semula duti import ke atas EV import sepenuhnya (CBU) mulai Julai ini adalah tidak tepat kerana pengguna masih mempunyai pilihan EV pada harga berpatutan menerusi pemasangan tempatan (CKD).

Import Kenderaan Elektrik CBU Tertakluk Kepada Dua Syarat Utama Mulai 1 Julai 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Semua pengimportan kenderaan elektrik (EV) yang dipasang siap di luar negara (CBU) tertakluk kepada dua syarat utama termasuk had kuasa motor minimum diselaraskan daripada 200kW kepada 180kW dan ke atas, mulai 1 Julai, 2026.

Petronas Meterai Perjanjian Dengan ENEOS Untuk 10 Peratus Pegangan Dalam MLNG Tiga

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) --Syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani perjanjian muktamad dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Jepun, ENEOS Xplora.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan berita bahawa gencatan senjata antara AS-Iran yang sepatutnya dijangka tamat hari ini telah dilanjutkan untuk membolehkan rundingan dengan Iran dimuktamadkan.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Tamat Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.

Zetrix AI Meterai Perjanjian Pelantikan Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso

KUALA LUMPUR, 16 April  (Bernama) -- Zetrix AI Bhd memeterai perjanjian pelantikan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membolehkannya bertindak sebagai ejen Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan terhadap potensi kejayaan urusan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata seorang peniaga. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.

Ringgit Naik Semula Ke Paras 3.95 Berbanding Dolar AS Ketika Ditutup Susulan Jangkaan Rundingan As-Iran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula ke paras 3.95 berbanding dolar AS semasa akhir dagangan hari ini, didorong oleh jangkaan terdapat pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata penganalisis.