4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- QL Resources Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM450.35 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (TK2026) berbanding RM455.08 juta bagi tempoh sama 2025.
7hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 25 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka kekal dalam julat 2.0 peratus hingga 4.0 peratus pada 2026 meskipun risiko penurunan adalah ketara susulan impak konflik Asia Barat, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan 2026 untuk Malaysia kepada 4.3 peratus daripada 3.5 peratus sebelumnya (2025: 4.5 peratus).
1bulan ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia menghadapi ketidakpastian persekitaran global dengan mengimbangi daya tahan dan penciptaan semula perniagaan, selain berusaha merebut peluang serantau, kata Rakan Kongsi Pengurusan PwC Malaysia, Soo Hoo Khoon Yen.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Apex Securities Bhd melihat tiada keperluan mendesak untuk Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berikutan prospek pertumbuhan dan inflasi Malaysia yang kekal stabil.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB mengunjurkan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 5 Mac di tengah-tengah ketidaktentuan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis meskipun terdapat ketidakpastian yang berterusan berhubung dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan rundingan AS dengan Iran.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu berikutan ketidakpastian yang berlarutan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh isu berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen pasaran, kata ahli ekonomi.