5hari ago
SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan untuk melepasi nilai potensi transaksi perniagaan sebanyak RM8.17 bilion tahun lalu semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, yang akan diadakan pada Oktober ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan global meningkat susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau rapat perkembangan yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi negara.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Rivertree STF Synergies Bhd (RSSB) telah menandatangani Perjanjian Utama (HoA) dengan Catenary Capital Sdn Bhd dan Q Centre Management Sdn Bhd (QCM) untuk pembangunan empat kemudahan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) di Lembah Klang.
13hari ago
PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan Hab Perisikan Data Bersepadu, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif transformasi digital menyeluruh berpacukan kecerdasan buatan (AI).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Selama hampir dua dekad, Formula Satu (F1) menjadi simbol aspirasi sukan permotoran Malaysia, meletakkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kalendar perlumbaan global dan mengangkat negara sebagai destinasi utama sukan permotoran berprestij.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan nilai pelaburan berpotensi berjumlah RM600 juta melalui pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2026, meningkat daripada RM424 juta yang dicatatkan tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd berhasrat melipatgandakan lagi usaha membabitkan sektor strategik pada 2026 dengan menumpukan aspek kesalinghubungan, peralihan tenaga selain meningkatkan prestasi portfolio sedia ada.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan dalam sektor sawit global, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd melaporkan prestasi berdaya tahan bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, dengan aset bersih sebanyak RM105 bilion dan mencatatkan pulangan 5.2 peratus bagi tahun kewangan 2025, disokong oleh pengurusan portfolio yang berdisiplin dan pewujudan nilai jangka panjang.
1bulan ago
KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Kilang Bio Eneco Sdn Bhd yang baru beroperasi di Gebeng di sini mampu memproses sehingga 20,000 tan hasil sisa kelapa sawit sebulan dengan hasilnya disasarkan untuk dieksport ke Jepun, Thailand dan Filipina.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Marrybrown memeterai perjanjian francais dengan anak syarikat Talaat Moustafa Group (TMG),Talaat Moustafa Retail (TMR) yang menandakan pengembangan globalnya ke Mesir sekali gus merupakan pencapaian penting yang diraih jenama restoran halal perkhidmatan pantas itu.