Terdapat 36 berita berdasarkan kata kunci carian " tony fernandes"

AirAsia Kurangkan Kapasiti, Kawal Kos Dan Semak Naik Tambang Susulan Tekanan Harga Bahan Api

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X sedang melaraskan kapasiti serta tambang di samping mengawal kos untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, kata Pengasas Bersama dan Penasihat Tan Sri Tony Fernandes.

Capital A Lantik Effendy Shahul Hamid Sebagai Timbalan CEO Berkuat Kuasa 6 April

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Selepas Untung Empat Suku Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd (Capital A) menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencapai selama keuntungan empat suku berturut-turut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Harga Airasia Dijangka Alami Kenaikan Kecil Namun Kekalkan Tambang Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Tambang AirAsia mungkin mengalami kenaikan kecil namun masih kekal pada harga mampu milik berikutan konflik di Asia Barat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

AirAsia Kekal Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Impak Konflik Asia Barat - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan harga bahan api yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar syarikat penerbangan pada masa ini “tidak berdaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes.

AirAsia X Jadikan Bahrain Sebagai Hab Strategik Pengembangan Rangkaian Global

Daripada Abdul Hamid A Rahman

MANAMA, 11 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) sedang memajukan strategi pengembangan globalnya dengan meletakkan Bahrain sebagai hab strategik untuk mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.

AAX Belum Muktamad Menamakan Semula Syarikat Kepada AirAsia Pada 19 Jan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat untuk menamakan semula syarikat itu kepada AirAsia pada 19 Januari, 2026.

AirAsia X Dinamakan Semula Sebagai AirAsia Pada 19 Januari - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

AirAsia Derma 15 Peso Bagi Setiap Tempat Duduk Terjual Untuk 'To The Philippines With Love'

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AirAsia akan mendermakan 15 peso (100 peso = M6.98) bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov, 2025 hingga 14 Jan, 2026 untuk menyokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina.

Tony Fernandes Gesa ASEAN Berani Dan Liberalisasi, Percepat Integrasi Ekonomi Serantau

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bersikap defensif tetapi perlu membuat keputusan berani untuk meliberalisasi peraturan bagi mempercepat integrasi ekonomi serantau, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

AirAsia Sahkan Rundingan Beroperasi Di Vietnam, Perluas Jejak Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah milik Capital A Bhd, mengesahkan sedang berunding dengan rakan niaga tempatan di Vietnam yang menjadi sebahagian daripada usaha memperluas jejaknya di rantau ASEAN.

AirAsia Meterai Perjanjian Bernilai US$12.25 Bilion Dengan Airbus Tambah 70 Pesawat Jarak Jauh

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- AirAsia menandatangani perjanjian untuk membeli pesawat jarak jauh Airbus 321XLR bernilai US$12.25 bilion (RM51.72 bilion), dengan serahan disahkan pada 2028, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.