Terdapat 423 berita berdasarkan kata kunci carian "hutang"

Moody’s Naikkan Unjuran Malaysia Pada A3 Stabil, Dipacu Pertumbuhan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.

Pelabur Malaysia Dipelawa Manfaatkan Peluang Infrastruktur Di Timor-Leste - Presiden Ramos-Horta

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan mendapatkan kontrak projek ketika negara memulakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, kata Presiden José Ramos-Horta.

TMK Chemical Cadang Beli Pegangan Ekuiti Dalam CCM Daripada Batu Kawan Pada RM920 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- TMK Chemical Bhd bercadang untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), tidak termasuk aset tertentu, daripada Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga pembelian indikatif RM920 juta.

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$130.6 Bilion Setakat 29 Mei 2026

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$130.6 bilion setakat 29 Mei 2026. 

Kekuatan Kredit Asia Selatan, Asia Tenggara Kekal Stabil 12 Hingga 18 Bulan Akan Datang - Moody's

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kekuatan kredit di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara akan kekal stabil bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang walaupun pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan kualiti kredit bagi sebahagian syarikat yang dinilai selain berdepan ketidakpadanan struktur mata wang.

SKP Terbitkan Standard Untuk Kawal Selia BNPL, Lima Aktiviti Kredit Pengguna Lain 

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) menerbitkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran (AS) serta Standard Pelakuan (CS), yang akan mengawal selia skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) dan lima lagi aktiviti perniagaan lain yang sebelum ini tidak dikawal selia di bawah Fasa 1 Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP).

Airasia X Nafi Laporan Airasia Filipina Digantung, Operasi Berjalan Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- AirAsia X menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa operasi AirAsia Filipina telah digantung.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Kekal Pada US$129.73 Bilion Sehingga Akhir April 2026

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$129.73 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026.

RAM Ratings Kekal Positif Sektor Tenaga Malaysia Disokong Prospek Memberangsangkan

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor tenaga Malaysia disokong momentum peralihan tenaga negara serta rangka kerja kawal selia yang kukuh menerusi dasar utama nasional termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan pelan hala tuju di peringkat negeri.

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Komitmen Kredit Tinggi Tekankan Keperluan Kesedaran Kewangan Lebih Kukuh

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Komitmen kewangan berkaitan dengan kad kredit, kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dan pembiayaan peribadi kini menjadi kelaziman dalam kalangan peminjam berpendapatan sederhana, menekankan keperluan terhadap tahap celik kewangan yang lebih kukuh dan amalan pinjaman yang bertanggungjawab, menurut firma perunding kewangan Bluebricks Holding Sdn Bhd. 

Axiata Akan Terus Meneroka Laluan Pengewangan Aset Portfolio

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) terus menilai laluan pengewangan bagi beberapa aset portfolio sebagai sebahagian daripada strategi realisasi nilai yang lebih meluas.