Terdapat 57 berita berdasarkan kata kunci carian "ioi"

Malaysia, Australia Perkukuh Peranan Wanita Dalam Kerjasama Bioteknologi

PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Malaysia dan Australia komited memperkukuh kepimpinan dan penglibatan wanita dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) khususnya bioteknologi, sekali gus membangunkan ekosistem inovasi negara yang lebih inklusif serta berdaya saing.

Kempen Bulan Bumi IOI Edisi Ke 15 Pacu Kesedaran Kemampanan Melalui Kakitangan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kempen Bulan Bumi Edisi ke 15 IOI Corporation Bhd (IOI) dengan tema "Upcycle 4 Better future" yang berlangsung dalam Mac tahun ini, menceminkan usaha berterusan IOI untuk memupuk budaya kemampanan merentas tenaga kerjanya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi disokong Saham Wajaran Tinggi 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini, disokong oleh peningkatan kukuh dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang secara keseluruhannya positif.

IOI Corp Catat Untung Bersih RM528.5 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Wall Street Di Sebalik Perkembangan Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kukuh minggu lepas walaupun terdapat perkembangan terkini mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Isyarat Fed AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau disebabkan sentimen bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran. 

HLIB Kekalkan Unjuran Harga MSM 2026 Pada RM4,200 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM4,200 satu tan metrik (mt) dan pendapatan untuk 2026 pada masa ini, menunggu semakan semula selepas langkah terkini Indonesia menangguhkan pelaksanaan mandat B50.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

IOI Properties Jual 50 Hektar Tanah Industri Di Banting Pada Harga RM740.68 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd (IOIPG), Fortune Growers Sdn Bhd menjual 50 hektar tanah perindustrian di Banting, Selangor kepada Bridge Data Centres Malaysia VIII Sdn Bhd (BDC) pada harga RM740.68 juta. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil untung susulan kenaikan sebelum ini serta menilai kesan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah.