1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh AWC Bhd, kumpulan perkhidmatan kejuruteraan disenaraikan di Pasaran Utama, Ambang Wira Sdn Bhd (AWSB) telah menerima surat daripada Kementerian Kerja Raya mengenai lanjutan konsesi 10 tahun diperoleh ketika ini yang akan tamat tempoh pada 31 Disember, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd meneruskan sokongannya terhadap acara industri pembinaan terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia iaitu Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalinkan kerjasama dengan Turner & Townsend untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha memberikan pandangan yang tepat dan kritikal kepada industri menerusi penganjuran Persidangan Transformasi Pembinaan Antarabangsa (ICTC) 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi tambahan (SCA) dengan kerajaan bagi melaksanakan projek lanjutan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) sepanjang 15 kilometer.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) ke-27 & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober, 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan empat prosiding tindakan susulan termasuk berkaitan pengurusan pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bermula esok.
7bulan ago
KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025, yang bermula hari ini membuka satu lembaran baharu dalam mempamerkan kecemerlangan industri dan menghimpunkan pemain-pemain utama untuk meneroka idea dan teknologi baharu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Selepas berjaya menjana jualan RM654 juta tahun lepas, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 menyasar untuk mencapai jualan sekurang-kurangnya RM700 juta tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Pembinaan dan Bangunan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2024 berjaya mencatatkan sasaran nilai perdagangan sebanyak RM654.4 juta tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Sinergi sektor awam dan swasta (PPP) dapat mengurangkan beban kerajaan dalam konteks pembangunan negara, di samping mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti seterusnya mempercepatkan proses pertumbuhan negara.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- WCT Bhd, yang merupakan bahagian kejuruteraan dan pembinaan WCT Holdings Bhd (WCT) telah menggondol Anugerah Pencapaian Antarabangsa pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 membabitkan kejayaan penyiapan Projek Pembangunan Lusail di Doha, Qatar.