Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "supermax corporation"

Syarikat Sekutu Supermax Bina Kilang Sarung Tangan Perubatan Bernilai US$50 Juta Di Brazil

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Supermax Corporation Bhd, melalui syarikat sekutunya, Supermax Brasil Importadora S/A (Supermax Brasil) akan menubuhkan kilang pembuatan sarung tangan perubatan di Paraná, Brazil, dengan komitmen pelaburan keseluruhan 250 juta Real Brazil (US$50 juta).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Prestasi Bercampur Serantau

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.

Unjuran Produk Getah Kekal Suram Susulan Persekitaran Yang Tidak Menguntungkan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.

MARGMA Gesa Rundingan Tarif Dengan AS Berkaitan Kenaikan Duti Sarung Tangan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan segera memulakan rundingan tarif mengikut sektor tertentu dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan keputusan Washington untuk menaikkan duti import ke atas sarung tangan getah kepada 25 peratus mulai 1 Ogos 2025.

Pembuat Sarung Tangan, Pemain Semikonduktor Dijangka Raih Manfaat Pengenaan Tarif AS 

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pembuat sarung tangan dan penggiat semikonduktor Malaysia dijangka menerima manfaat daripada pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Supermax Mulakan Pengeluaran Sarung Sarung Komersial Di Kilang Di AS Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Supermax Corporation Bhd (Supermax) dijadualkan memulakan pengeluaran sarung tangan secara komersial di kemudahan perkilangan pertamanya di Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Texas menjelang Januari tahun depan.