Terdapat 182 berita berdasarkan kata kunci carian "suruhanjaya sekuriti"

Tiada Isu Kawal Selia Tertunggak Terhadap Binance – MOF

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

SC Sedang Muktamad Rangka Kerja Bagi Skop, Kehendak Pelesenan Aktiviti Amanah Tunai

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang memuktamadkan rangka kerja bagi menjelaskan skop dan kehendak pelesenan bagi aktiviti skim Amanah Tunai yang melibatkan pelaburan di dalam produk pasaran modal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim Terima 30 Projek, Keperluan Dana Lebih RM4 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) di bawah Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3) telah menerima penyertaan 30 projek setakat Januari 2026, dengan keperluan pembiayaan keseluruhan melebihi RM4 bilion.

FMOS Terima 3,253 Aduan, Selesai 2,268 Kes Sejak Beroperasi

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) telah menerima sebanyak 3,253 aduan dan 2,268 pertikaian telah berjaya diselesaikan melalui kaedah mediasi dan adjudikasi sejak mula beroperasi pada 17 Jan 2025.

Sentral REIT Management Lantik Tay Hui Ling Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Sentral Real Estate Investment Trust (REIT) Management Sdn Bhd (SRM), iaitu pengurus Sentral REIT, melantik Tay Hui Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta, susulan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti. 

Pulau Pinang Belum Putuskan PIFC - Chow

GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan bagi penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) termasuk penentuan zonnya, namun perbincangan di peringkat tertinggi bersama pihak kawal selia masih diteruskan.

MTT Shipping And Logistics Dapat Kelulusan SC Untuk Penyenaraian Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Simposium Beyond Insights Ubah Cara Rakyat Jadikan Trend Mega Kepada Keputusan Pelaburan Boleh Labur

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Simposium Beyond Insights 2026 menghimpunkan pemimpin teknologi global, perintis teknologi kewangan (fintech) dan ahli strategi pasaran untuk mengkaji bagaimana trend mega yang berkembang pesat sedang mencorakkan semula pasaran.

Labuan FSA umum Barisan Anggota Lembaga Bagi Tempoh 2026-2028, Dengan Dua Muka Baharu

LABUAN, 20 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan dua anggota lembaga baharu serta pelantikan semula empat anggota sedia ada bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 15 Jan, 2026 hingga 14 Jan, 2028.

Bursa Malaysia Lancar Indeks BMQ Dan BMQ-S Bagi Syarikat Kukuh Kewangan

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd hari ini melancarkan Indeks Kualiti 50 Bursa Malaysia (BMQ) dan Indeks Kualiti 50 Syariah Bursa Malaysia (BMQ-S), iaitu indeks pertama yang dibangunkan secara dalaman berdasarkan kepada prestasi kewangan.

Bursa Malaysia Kemas Kini Yuran Baharu SC Berkuat Kuasa 1 Jan, 2026

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --  Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan kemas kini yuran baharu yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC Dakwa Bekas CEO Khee San Bhd Sebabkan Kerugian Salah Berjumlah RM7.12 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi bukan bebas bukan eksekutif Khee San Bhd (KSB) Datuk Seri Liew Yew Chung atas kerugian salah berjumlah RM7.12 juta ke atas anak syarikat KSB, Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI).