BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI terus perkasakan SPRM, pastikan rasuah dibanteras tanpa kompromi - PM Anwar | MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian "takaful am"

Industri Takaful Naik 4.73 Peratus Pada 2025, Sumbangan Kasar Cecah RM16.38 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri takaful Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.73 peratus sekali gus membawa jumlah sumbangan kasar kepada RM16.38 bilion, menurut Persatuan Takaful Malaysia.

Keuntungan Bersih Suku Pertama Takaful Malaysia Meningkat Kepada RM100.97 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi mencecah RM100.97 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 (TK2026) berakhir pada 31 Mac, 2026 daripada RM94.53 juta bagi tempoh sama 2025, didorong oleh peningkatan prestasi perkhidmatan takaful.

Takaful Malaysia Catat Untung Bersih RM384.71 Juta Bagi Tahun Berakhir 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia)  mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM384.71 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 berbanding RM378.14 juta  bagi tahun kewangan 2024, didorong oleh pelepasan margin perkhidmatan kontraktual yang lebih tinggi serta peningkatan pelaburan bersih.

Untung Bersih Suku Ketiga MNRB Naik Kepada RM150.97 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM150.97 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025 (S3 TK2026) daripada RM115.86 juta pada tahun sebelumnya.

Virtue Trustee Perkenal Penyelesaian Perlindungan Kekayaan Selari Kerangka MADANI

KUALA LUMPUR,10 Dis (Bernama) -- Virtue Trustee Bhd (VTB) melancarkan beberapa penyelesaian perancangan amanah, amanah Islam dan legasi yang bertujuan menyediakan perlindungan kekayaan yang profesional, terjamin dan telus untuk semua rakyat Malaysia, sejajar nilai teras kerangka MADANI negara.

Keuntungan Bersih Suku Kedua MNRB Melonjak Kepada RM112.26 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Takaful Malaysia Tawar Perlindungan Insurans Bukan Motor

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meluaskan portfolionya melangkaui kekuatan terasnya dalam produk berkaitan kredit dan takaful motor dengan menawarkan perlindungan insurans hayat individu.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

AmMetLife Takaful Lantik Nazrulhisham Abdul Hamid Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- AmMetLife Takaful Bhd (AmMetLife Takaful) telah melantik Nazrulhisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 16 Jun, 2025.

MNRB Holdings Catat Untung Bersih RM394.20 Juta Bagi TK2025, Mencerminkan Daya Tahan

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB Holdings) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM394.20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025), berbanding RM433.54 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. 

Industri Takaful Agih Manfaat RM10.20 Bilion Pada 2024, Meningkat 16.73 Peratus – MTA

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Industri Takaful Malaysia secara kolektif mengagihkan bayaran manfaat berjumlah RM10.20 bilion kepada pemegang sijil pada 2024 yang juga peningkatan sebanyak 16.73 peratus daripada tahun sebelumnya, kata Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

Takaful Malaysia Derma RM100,000 Kepada Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) memberi sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas akibat letupan paip gas di Putra Heights, semalam.