BERITA TERKINI   Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "talentcorp"

Malaysia Sasar Capai 35 Peratus Tenaga Kerja Mahir - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir dan pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.6 peratus menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh daya saing negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Perlu Guna Pakai Dan Laksanakan AI Bagi Jamin Masa Depan Digital Negara - Gobind

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu menghentikan perdebatan mengenai pilihan antara “mengguna pakai atau melaksanakan” kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu menumpukan kepada kedua-dua aspek itu dengan berkesan bagi menjamin masa depan digital negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MARA Sasar Tiga Syarikat Bumiputera Tersenarai Di Bursa Malaysia Tahun Depan - Timbalan Menteri

Oleh Aisha Hani Nor Azmir

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan tiga syarikat bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Kerajaan Kumpul Sumber RM470 Bilion Bagi Belanjawan 2026 Perkukuh Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan belanjawan yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion bagi 2026 dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.

SAMENTA, TalentCorp Bekerjsama Tangani Jurang Bakat PKS Melalui Program Praktikal

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Talent Corporation Malaysia Berhas (TalentCorp) telah memeterai memorandum pemahaman untuk meningkatkan kebolehpasaran serta sokongan pembangunan bakat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Proses Permohonan Pas Ekspatriat Dipendekkan Kepada 10 Hari Menerusi Xpats Gateway

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tempoh memproses kelulusan Pas Penggajian Ekspatriat (EP) yang sebelum ini mengambil masa 40 hari kini dipendekkan kepada 10 hari bekerja susulan penyepaduan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan MYFutureJobs ke dalam Xpats Gateway bermula 1 Julai.

Malaysia Akan Terus Sokong Pembangunan Pendigitalan Dan AI Di Rantau Ini - PM Anwar

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan terus menyokong pembangunan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) di negara-negara jiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TalentCorp Kerjasama Dengan FSTC Lahir Bakat Baharu Sokong Pekembangan Teknologi

GEORGE TOWN, 25 Feb (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) dengan kerjasama Future Skills Talent Council (FSTC) berjaya melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam meningkatkan kemahiran kerja yang menyokong perkembangan teknologi semakin pesat.

Belanjawan 2025: Pembiayaan RM470 Juta Penting Untuk Pertingkat Usahawan PMKS Wanita

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Peruntukan dana pembiayaan sebanyak RM470 juta bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diteraju wanita akan berperanan penting membantu usahawan wanita memperoleh modal kerja, membeli aset dan meluaskan kapasiti perniagaan ke peringkat lebih tinggi.