BERNAMA Radio dengan kerjasama KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) mengadakan siaran luar khas di atas bas KL HOHO bersama-sama peminat dan pendengar BERNAMA Radio dengan melintasi beberapa mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, hari ini.
Siaran luar khas ini yang bermula dari 7.15 pagi hingga 9 pagi, diadakan sempena ulang tahun ke-17 BERNAMA Radio yang disambut pada 3 Sept lepas.
Program BERNAMA Radio On KL HOHO juga adalah usaha BERNAMA Radio dalam mewarnai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 bagi mendekatkan peminat dan pendengar kepada keindahan serta lokasi menarik sekitar bandar raya Kuala Lumpur dengan menaiki KL HOHO.
Seramai 20 pendengar bertuah yang memenangi kuiz khas BERNAMA Radio On KL HOHO menerusi program Skrol Siber yang bersiaran dari 26 Ogos hingga 6 Sept lepas berpeluang menaiki bas KL HOHO bersama-sama peneraju jajaran Spektrum Pagi BERNAMA Radio, Amar Yusoff dan Raifa Zulkifli.
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERNAMA Radio dengan kerjasama KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) mengadakan siaran luar khas di atas bas KL HOHO bersama-sama peminat dan pendengar BERNAMA Radio dengan melintasi beberapa mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur.
Siaran luar khas ini yang bermula dari 7.15 pagi hingga 9 pagi, diadakan sempena ulang tahun ke-17 BERNAMA Radio yang disambut pada 3 Sept lepas.
Program BERNAMA Radio On KL HOHO juga adalah usaha BERNAMA Radio dalam mewarnai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 bagi mendekatkan peminat dan pendengar kepada keindahan serta lokasi menarik sekitar bandar raya Kuala Lumpur dengan menaiki KL HOHO.
Seramai 20 pendengar bertuah yang memenangi kuiz khas BERNAMA Radio On KL HOHO menerusi program Skrol Siber yang bersiaran dari 26 Ogos hingga 6 Sept lepas berpeluang menaiki bas KL HOHO bersama-sama peneraju jajaran Spektrum Pagi BERNAMA Radio, Amar Yusoff dan Raifa Zulkifli.
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Bernama Radio Adakan Siaran Luar Khas Bersama Peminat Di Atas Bas KL HOHO