KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.24 pagi, kontrak Februari 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,575.0, Mac 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 4.0 mata kepada 1,552.0 dan 1,543.50 manakala Jun 2025 naik 3.5 sen kepada 1,555.0.
Jumlah dagangan sebanyak 18,425 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 63,697 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI menambah 11.46 mata kepada 1,579.49 selepas 49 minit dagangan.
-- BERNAMA