EKONOMI

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

26/02/2025 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah dua hari berturut-turut berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta Februari 2025 susut kepada US$2,917.20 setiap auns troy daripada US$2,938.80 pada Selasa, manakala kontrak Mac 2025 turun kepada US$2,922.30  setiap auns troy daripada US$2,943.90 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 merosot kepada US$2,935.0 setiap auns troy daripada US$2,954.30 setiap auns troy pada Selasa.

Jumlah dagangan meningkat kepada 64 lot daripada 51 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 95 kontrak daripada 63 kontrak sebelum itu.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 25 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,933.25 setiap auns troy.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2397002