PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

07/03/2025 07:07 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran tunai pendasar.

Kontrak bulan semerta Mac 2025 menyusut 13 mata kepada 1,517.5, April 2025 turun 12.5 mata kepada 1,519.5, Jun 2025 merosot 12 mata kepada 1,522.0 dan September 2025 berkurang 10 mata kepada 1,511.0.

Jumlah dagangan bertambah baik kepada 8,328 lot daripada 7,831 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,973 kontrak daripada 41,159 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 11.64 mata atau 0.75 peratus kepada 1,547.27 daripada 1,558.91 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2400120