Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi menyampaikan replika Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving Licence) Kelas B2 kepada peserta lelaki paling senior pada Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka 2025, Mohammad Nazrin Abdullah, 56, di Dewan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu hari ini.
Sayed Azmee mewakili ADUN Nangka merangkap Timbalan Menteri Pendidikan,Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr.Annuar Rapaee.