PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

23/10/2025 10:50 AM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2025 menyusut 6.0 mata kepada 1,602.0, November 2025 rendah 6.5 mata kepada 1,601.5, Disember 2025 merosot 5.0 mata kepada 1,602.0, dan Mac 2026 berkurangan 11.5 mata kepada 1,578.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,893 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 42,058 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 3.29 mata kepada 1,605.98 selepas 48 minit dagangan berbanding 1,602.69 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2481833