PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima memorandum daripada gabungan 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya, termasuk usaha membawa suara Malaysia pada pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Okt ini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyerahkan memorandum itu kepada Perdana Menteri selepas solat Jumaat di Jumaat di Surau Al Quddus di Presint 16 di hari ini.
Antara NGO yang menyatakan sokongan ialah ABIM, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Ahmad Fahmi ketika ditemui pemberita berkata memorandum itu mengandungi lima perkara utama, termasuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan dan usaha Perdana Menteri memulihkan ekonomi negara.
Perkara lain ialah menyeru agar Malaysia memanfaatkan Sidang Kemuncak AS-ASEAN untuk memperkukuh peranannya sebagai Pusat Keamanan Serantau serta menyatakan sokongan terhadap ketegasan Perdana Menteri membela hak rakyat Palestin dan memperkasa suara kemanusiaan global.
Perkara lain adalah untuk mengambil manfaat daripada persidangan Amerika Syarikat-ASEAN Untuk memperkukuh Malaysia sebagai Pusat Keamanan Serantau serta sokongan ketegasan Perdana Menteri membela hak rakyat Palestin dan memperkasa suara kemanusiaan global.
“Kita perlu memperkukuh peranan Malaysia sebagai pemain utama dunia dengan memanfaatkan kepengerusian ASEAN, dan dengan kehadiran Trump, penting untuk kita nyatakan pendirian negara,” katanya.
-- BERNAMA