Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Selasa bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini walaupun terdapat petunjuk positif daripada pasaran global.
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.93 mata kepada 1,616.45 daripada 1,618.38 ketika ditutup pada Isnin selepas meningkat 1.85 mata kepada 1,620.23 pada pembukaan.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rungi mengatasi kaunter untung sebanyak 192 berbanding 146 manakala 304 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 203.18 juta unit bernilai RM101.14 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ia merupakan satu lagi hari kenaikan di Wall Street apabila ketiga-tiga indeks utama ditutup pada paras tertinggi baharu selepas Amerika Syarikat (AS) dan China mencapai perjanjian dalam rangka kerja awal.
“Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut kepada 3.99 peratus,” katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan, Thong berkata FBM KLCI dijangka berada dalam julat 1,615–1,630 hari ini.
Dalam saham wajaran tinggi, IHH Healthcare naik dua sen kepada RM8.37, Maybank menambah satu sen kepada RM9.92, Public Bank dan CIMB Group tidak berubah masing-masing pada RM4.92 dan RM7.45, manakala Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM13.28.
Bagi saham aktif, Powertechnic Group meningkat 3.5 sen kepada 38.5 sen, Perak Transit dan Tanco Holdings melonjak setengah sen masing-masing kepada 34 sen dan 89.5 sen, manakala Land & General dan Borneo Oil tidak berubah masing-masing pada 15.5 sen dan setengah sen.
Antara saham paling untung menyaksikan Malaysian Pacific naik 20 sen kepada RM30.74, Telekom Malaysia menambah lapan sen kepada RM7.34, DKSH Holdings menokok tujuh sen kepada RM5.10, Vitrox Corporation melonjak enam sen kepada RM4.72 dan MI Technovation menokok empat sen kepada RM3.10.
Bagi kaunter paling rugi, Fraser & Neave susut 30 sen kepada RM28.24, Petronas Gas berkurangan 12 sen kepada RM18.48, Petronas Chemicals turun enam sen kepada RM4.00, manakala Kelington Group dan Solarvest merosot setengah sen masing-masing kepada RM5.59 dan RM3.04.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.70 mata kepada 12,098.30, Indeks FBMT 100 merosot 13.89 mata kepada 11,830.73, Indeks FBM Emas Shariah turun 17.68 mata kepada 12,182.23, Indeks FBM 70 merosot 19.32 mata kepada 17,227.24 dan Indeks FBM ACE berkurangan 16.18 mata kepada 5,220.57.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 1.89 mata kepada 18,251.81, Indeks Perladangan meningkat 2.54 mata kepada 8.018.96, bagaimanapun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.69 mata kepada 71.56, manakala Indeks Tenaga berkurangan 3.74 mata kepada 779.65.
-- BERNAMA